Balada Orang Berdosa

Balada Orang Berdosa merupakan album ketiga penyanyi popular Aris Ariwatan. Tidak seperti album-album sebelum ini yang diterbitkan oleh M. Nasir, kali ini Aris bekerjasama dengan tiga komposer tersohor iaiti Fauzi Marzuki, Jenny Chin dan Mac Chew setelah Aris mengikat kontrak bersama syarikat rakaman antarabangsa EMI. Album yang berkonsepkan ketuhanan ini turut menampilkan artis undangan, Kumpulan Ilussi. Lagu paling mendapat perhatian daripada album ini adalah lagu "Permadani" yang cukup malar segar hingga kini.Album ini lahir dari hasil daya kreatif dan usaha ikhlas untuk memperkenalkan seni lagu muzik Islam yang kontemporari untuk pendengar. Unsur nasyid bebas yang berentak lebih universal ini meliputi irama dan senikata yang menekankan keagungan tuhan dan keislaman, baik menerusi bentuk syahadat, wirid tertentu dan juga puisi nukilan Zubir Ali, Chairil Anwar dan A. Samad Said[1].

Balada Orang Berdosa

Dikeluarkan pada 1992 (1992)
Penerbit Fauzi Marzuki
Jenny Chin
Mac Chew
Dirakam pada 1992
Genre Rock, Nasyid, Rohani
Syarikat EMI